WeLcome To FAIZAH paGe....

Tuesday 25 October 2011

The End........





Sunday 23 October 2011

Begitulah Adat Manusia...

Assalamualaikum....

Setelah skian lame tidak m' update blog ini.baru hari ini diberikan kesempatan utk mencoret sdkit utk sahabat2 smua...

Adat manusia begitulah...setiap perkara ada pasang surutnya..seperti air laut yg memukul pantai makin lama makin terhakis..samalh jg seperti manusia yg x lari dari melakukan kesalahan..jika pertama kali melakukannya, bleh dikatekn sbgai trsilap langkah..tp bagaimana pula klau seterusnya...........kita sbagai manusia dikurniakan dgn akal fikiran yg ckup sempurna, anugerah dari Yang Maha Esa, adakah kita mensyukurinya?kita dikelilingi sahabat handai yg sudi memberi nasihat dan teguran, adakah kita mengambilnye sbagai iktibar dan jalan dlm memperbetulkannya?..manusia memang tidak lari dari melakukan kesalahan, adakah kite hendak berterusan begitu..fikirkan..yg baik kite jadikan pengajaran, yg buruk kite sama2 perbetulkan..

Wassalam...

Apabila..........

Assalamualaikum..telah lame rsenye tidak mencoret sesuatu di blog ini krana tidak mempunyai kesempatan..hari ini smpat jgk sy coretkn serba sedikit utk shbt2 semua....Sesuatu perkara yg dimulakan dgn apabila......membuat kite trtanya2, adakah ia byk membawa kpd kebaikan@sebaliknya..
Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah..
kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi..
Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya...
Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
... ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil.....
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya........
Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa...........
Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya...........
Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu,
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup.....
Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.........
Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.........
Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa..........
Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata..
Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!
 
Wallahua'lam........

Saturday 13 August 2011

ISTIMEWA DARIKU...

PUISI khas untuk DIRIKU dan sahabat2 WANITA..


sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau membuka auratmu
untuk santapan mata lelaki

sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau melunakkan suaramu
untuk melodi telinga lelaki

sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau bermain mata
untuk masuk ke dalam hati lelaki

sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau membiarkan dirimu disentuh
untuk nikmat sang lelaki

sahabatku...
jika jodoh xkan ke mana
xperlu kau musnahkan harapan
ibu dan ayahmu
semata-mata untuk mengejar cinta lelaki

sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau mengguris perasaan orang lain
dengan merampas orang yang disayanginya
kerana minat pada lelaki

sahabatku...
setiap manusia mempunyai fitrah ke arah itu..
seharusnya,,,kita berusaha dengan cara yang betul
untuk memenuhi tuntutan fitrah tersebut...


wallahu a'lam (^_^)














Tuesday 9 August 2011

Buat Renungan Bersama.........

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, membiarkan isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, juga membiarkan isterinya mendedahkan aurat, walaupun suami itu seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup aurat tanpa menasihati mereka supaya menutupnya dan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.
Akhir Zaman: Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

4 GOLONGAN LELAKI YANG DIHERET OLEH WANITA KE NERAKA...

1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.

2. SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK-ANAK LELAKINYA....
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.

KEPADA SEMUA KAUM ADAM
(smga mnjadi pemimpin yg baik)

Sunday 31 July 2011

Adakah Dia Jodohku?

Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta.


Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.

Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.

Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu.

Taubatlah!

Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir?

Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain.

Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu.

Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu.

Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu.

Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.