WeLcome To FAIZAH paGe....

Saturday 13 August 2011

ISTIMEWA DARIKU...

PUISI khas untuk DIRIKU dan sahabat2 WANITA..


sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau membuka auratmu
untuk santapan mata lelaki

sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau melunakkan suaramu
untuk melodi telinga lelaki

sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau bermain mata
untuk masuk ke dalam hati lelaki

sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau membiarkan dirimu disentuh
untuk nikmat sang lelaki

sahabatku...
jika jodoh xkan ke mana
xperlu kau musnahkan harapan
ibu dan ayahmu
semata-mata untuk mengejar cinta lelaki

sahabatku...
jika sudah jodoh xkan ke mana
xperlu kau mengguris perasaan orang lain
dengan merampas orang yang disayanginya
kerana minat pada lelaki

sahabatku...
setiap manusia mempunyai fitrah ke arah itu..
seharusnya,,,kita berusaha dengan cara yang betul
untuk memenuhi tuntutan fitrah tersebut...


wallahu a'lam (^_^)














Tuesday 9 August 2011

Buat Renungan Bersama.........

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, membiarkan isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, juga membiarkan isterinya mendedahkan aurat, walaupun suami itu seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup aurat tanpa menasihati mereka supaya menutupnya dan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.
Akhir Zaman: Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

4 GOLONGAN LELAKI YANG DIHERET OLEH WANITA KE NERAKA...

1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.

2. SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK-ANAK LELAKINYA....
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.

KEPADA SEMUA KAUM ADAM
(smga mnjadi pemimpin yg baik)