WeLcome To FAIZAH paGe....

Tuesday 9 August 2011

Buat Renungan Bersama.........

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, membiarkan isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, juga membiarkan isterinya mendedahkan aurat, walaupun suami itu seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup aurat tanpa menasihati mereka supaya menutupnya dan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.
Akhir Zaman: Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

No comments:

Post a Comment