WeLcome To FAIZAH paGe....

Friday 8 July 2011

Terapi HATI~~~

Hati manusia ini ibarat sepohon pokok yang sentiasa memerlukan siraman air untuk terus hidup subur. Kalau rasa hati sudah mula kering dan layu, siramlah dengan zikrullah, siramlah dengan duduk di dalam majlis-majlis ilmu dan siramlah hati dengan sifat bersangka baik, mendoakan orang lain. Sambil itu siramlah hati dengan sifat pemurah dan mempermudahkan orang lain. Siramlah hati dengan air kesabaran dan keikhlasan. Semoga hati yang lembut basah yang sentiasa mengingat Allah akan terus hidup subur.


“Ikut Hati Mati Ikut Rasa BInasa” itulah pepatah dan ungkapan yang sering kali kita dengar terutamanya bila kita hendak membuat sesuatu pilihan atau tindakan.sejauh manakah kebenaran ungkapan ini. kerana dalam setiap perkara dan tindakan yang kita lakukan adalah mengikut gerak hati dan mengikut kesesuian dengan cita rasa kita. pilihan hati kita adalah tepat dan tidak akan pernah berdusta pada kita, gerak dan pilihan hati kita adalah jujur dan ikhlas pada diri kita. dalam kita melakukan sesuatu perkara, keyakinan pada diri perlu ada. jadi sejauh manakah kebenaran yang mengatakan Hati itu Mematikan dan Rasa itu Membinasakan” fikir-fikirkanlah.