“Ikut Hati Mati Ikut Rasa BInasa” itulah pepatah dan ungkapan yang sering kali kita dengar terutamanya bila kita hendak membuat sesuatu pilihan atau tindakan.sejauh manakah kebenaran ungkapan ini. kerana dalam setiap perkara dan tindakan yang kita lakukan adalah mengikut gerak hati dan mengikut kesesuian dengan cita rasa kita. pilihan hati kita adalah tepat dan tidak akan pernah berdusta pada kita, gerak dan pilihan hati kita adalah jujur dan ikhlas pada diri kita. dalam kita melakukan sesuatu perkara, keyakinan pada diri perlu ada. jadi sejauh manakah kebenaran yang mengatakan “Hati itu Mematikan dan Rasa itu Membinasakan” fikir-fikirkanlah.
Friday, 8 July 2011
Terapi HATI~~~
Hati manusia ini ibarat sepohon pokok yang sentiasa memerlukan siraman air untuk terus hidup subur. Kalau rasa hati sudah mula kering dan layu, siramlah dengan zikrullah, siramlah dengan duduk di dalam majlis-majlis ilmu dan siramlah hati dengan sifat bersangka baik, mendoakan orang lain. Sambil itu siramlah hati dengan sifat pemurah dan mempermudahkan orang lain. Siramlah hati dengan air kesabaran dan keikhlasan. Semoga hati yang lembut basah yang sentiasa mengingat Allah akan terus hidup subur.
Wednesday, 29 June 2011
Bercinta SeBELUM vs SeLEPAS Kahwin.....
Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya".
~Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.~
Tuesday, 28 June 2011
~Mungkin Ini Suratan Takdir~
Memang ada benar sabar senang untuk diungkapkan. Untuk sekadar ucap di mulut amat mudah sekali. Bagaimana apabila kita sendiri yang menghadapi situasi tersebut? Tertanggung kah aku bilamana di beri ujian?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..........” - (Al-Baqarah 2:286)
Setelah aku mula memasang angan2 untuk 2-3 minggu nie, malam nie telah menjadi saksi bahawa angan2 tersebut telah musnah dan telah hancur. Memang betul, jika mahu di ikutkan luluh hati ini. Namun apakan daya kerana Dia lebih mengetahui apa yang lebih baik.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; .Al-Baqarah 2:45)
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..Al-Baqarah 2:216
~mungkin itu yang telah di takdirkan~
Sunday, 26 June 2011
Inilah Yang Dikatakan Dugaan Hidup...
JANGAN LAh MENGELUH JIKA DUGAAN DATANG BERTUBI-TUBI..
Ada sesetengah orang sering menyatakan..Kenapa aku diberi dugaan yang berat?
kenapa mesti aku.?kenapa orang lain tidak.??
Sabarlah wahai sahabat..
kerana dugaan itu membuatkan diri kita menjadi kuat, tabah dan dapat harungi kehidupan dengan lebih baik...
janganlah mengeluh wahai sahabat...
semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
Bak kata lirik lagu Subhanallah-OST Hikmah
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah wallahu akbar
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah hasbi Allah
di tepi kerinduanku
memandang hampa pada dunia
ku hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa
reff: hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya
repeat *
angan yg membalut mimpi
dulu melukis nyanyian hati
ku hanya orang yg kalah
satukan hatiku yg terbelah
repeat reff
repeat *
Bersabarlah......
Mungkin pada hari ini kita diuji dengan macam-macam...
Mungkin bersedih hari ini...
Mungkin kita kecewa hari ini...
Mungkin kita menangis meraung-raung sebelum ni..
tapi ingat lah..mungkin masa kini kita bersedih, kecewa,menangis....
mungkin akan datang kita akan lebih bahagia..siapa tahu..
hanya ALLAH sahaja yang tahu...
jadi janganlah putus asa...
memang pahit untuk hadapi..
tetap jangan la putus asa...
teruskan usaha dengan lebih gigih untuk mencapai kehidupan yang lebih sempurna..
jangan bersedih lagi wahai sahabatku....
Ada sesetengah orang sering menyatakan..Kenapa aku diberi dugaan yang berat?
kenapa mesti aku.?kenapa orang lain tidak.??
Sabarlah wahai sahabat..
kerana dugaan itu membuatkan diri kita menjadi kuat, tabah dan dapat harungi kehidupan dengan lebih baik...
janganlah mengeluh wahai sahabat...
semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
Bak kata lirik lagu Subhanallah-OST Hikmah
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah wallahu akbar
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah hasbi Allah
di tepi kerinduanku
memandang hampa pada dunia
ku hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa
reff: hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya
repeat *
angan yg membalut mimpi
dulu melukis nyanyian hati
ku hanya orang yg kalah
satukan hatiku yg terbelah
repeat reff
repeat *
Bersabarlah......
Mungkin pada hari ini kita diuji dengan macam-macam...
Mungkin bersedih hari ini...
Mungkin kita kecewa hari ini...
Mungkin kita menangis meraung-raung sebelum ni..
tapi ingat lah..mungkin masa kini kita bersedih, kecewa,menangis....
mungkin akan datang kita akan lebih bahagia..siapa tahu..
hanya ALLAH sahaja yang tahu...
jadi janganlah putus asa...
memang pahit untuk hadapi..
tetap jangan la putus asa...
teruskan usaha dengan lebih gigih untuk mencapai kehidupan yang lebih sempurna..
jangan bersedih lagi wahai sahabatku....
Nafasku Terhenti........
Lame ku tak coretkan kata2 kt blog ni..Keadaan x mengizinkan, sb diri pn selalu je xsht n sesak nafas..Tp arini ku cube jgk nk menulis walaupun sedikit utk sahabat2 yg dikasihi semua..=)
Monday, 20 June 2011
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah..
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perluKEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian
Sunday, 19 June 2011
Sekeping Hati Seorang Insan............
Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau... Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa.. Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. .. "Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. .. Kita sebenarnya kepunyaan.. Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita... Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali...

Subscribe to:
Posts (Atom)


